Carta 10 : Pengalaman manis di bangku sekolah

Assalamualaikum hai hai
**tak jawab dosa kalau jawab sayang teeehee**
Walaupun dah lebih kurang  empat bulan bila dihitung kira tambah tolak darab bahagi aku meninggalkan zaman hyperActive, zaman kanak-kanak ribena, tapi itu tak bermakna aku akan tinggalkan pengalaman kenangan yang bernilai berjuta-juta ringgit itu. No No. Bila usha2 balik entri-entri yang lama2 yang selamat disimpan di draft, aku pun terimbau secara tak sengaja. Rasa macam gila, best, seronok buat kerja gila. Haha

#1 Solat Subuh
Waktu aku belajar di SR Agama  dekat Tg.Malim, teringat ada sekali tu ustaz ke ustazah ntah bawa pergi surau dua tingkat kat situ untuk buat praktikal solat subuh. Waktu tu darjah satu kalau tak silap. Bila dah siap ambil wudhu` bagai, pakai telekung, aku pun cakap kat seorang kawan aku ni, 
 Aku : Aku dah buat dah Solat Subuh pagi tadi. Dia ada dua rakaat. Senang je. **dengan nada riak tak berperasaan dan waktu tu al-fatihah pun tak hafal kot, dah nak berlagak depan orang** Pastu buat la. Sape gelaran imam time tu tak ingat pula. Follow je la buat. Then, waktu rakaat ke-2, sepatutnya doa qunut dibaca selepas ruku` kan, tapi aku pi angkat tangan tetiba waktu rakaat kedua. Time tu memang malu rasa macam takmau pergi sekolah dah. Wahaha **mari gelak beramai-ramai**

#2 Aiskrim
Time ni waktu belajar kat Tadika Batu 8, tinggal dekat rumah kuning arwah atok. Setiap kali balik sekolah, atok akan belanja Eman dan aku aiskrim dekat sebelah tadika kemas tu. Bayangkan setiap kali balik sekolah, kalau takde aiskrim, keropok cekedis zaman dahulu tu. Dalam setahun tu aku rasa duit yg atok belanja boleh simpan jadi banyak kot. Raya tahun lepas waktu singgah dekat kedai makcik tu, anak2 dia kata makcik tu dah meninggal. Kedai pun dah tutup. Al-Fatihah.

#3 Tak bawa buku kena denda
Waktu sekolah rendah ayat2 camni memang cliche cikgu bagi. Siapa tak bawa buku kena denda berdiri atas kerusi, rotan dan bla bla. Waktu aku darjah 3, dekat SK Subang Bestari, aku lupa sangat2 untuk masukkan buku latihan hat yang kecik2 tu. Nak dijadikan cerita lepas rehat ada subjek BM dan cikgu tu dah bagi warning awal2, siapa tak hantar kena denda. Maka, tindakan genius aku adalah menangis mencari mak aku **mama GPK HEM kat sekolah tu** dan mengadu apa sahaja. Dan mandat yang aku dapat dari cikgu, "Faten, takpe. Kamu duduk." Rasa nak menjerit. Hahaha

#4 Pelajar Cemerlang
Kehidupan aku rasanya kebanyakan yang aku ingat bermula pada darjah3. Aku baru pindak kat SKSB dan dapat kelas yang terakhir. Tapi, adakah budak kecik seperti aku akan kisah kedudukan tercorot itu? Semestinya tidak. Tapi waktu akhir tahun, aku dapat no3 dalam kelas tu. Nak dijadikan cerita, waktu raptai anugerah cemerlang, kawan baik aku pergi tukar markah dia camne ntah dia buat, menjadikan automatiknya dia sebagai no1 dalam kelas, sekaligus menjatuhkan aku pada kedudukan ke4. Waktu kanak2 memang sangat tak kesah kena backstabbed macam tu. Tapi memandangkan mak aku cikgu kat situ, kawan mak aku bagi juga pingat kat aku. Dan selepas itu, yg bacstabber tu la kawan aku sampai darjah enam. Satu kelas dan setiap tahun kelas yang pertama - 4Violet,5 &6Hibiscus.

#5 Jawatan?
Aku adalah seorang yang sangat suka menonjolkan diri. Tapi sebenarnya aku adalah seorang yang sangat sangat pemalu. **tepuk tangan** Aku suka cikgu2 kenal aku. Aku suka kalau orang bagi amanah kat aku, dah aku akan jalankan tanggungjawab tu dengan semangat kesukanan yag sangat tinggi. Waktu SKSB, aku dapat jadi Librarian. Mesti korang akan cakap, sebab mak aku hem kat situ. 50-50 la. Aku dapat Pengawas dan Librarian serentak waktu darjah 3.Waktu ala-ala interview tu, aku pergi lari ke pejabat, cari mak aku then tanya "Ma, nak pilih mana satu?" Jawapan mak aku, "Librarian la, kerja dalam air-cond." Begitulah gamaknya sehingga aku masuk F1 di SMK Subang. Aku nak sangat jadi pengawas. Aku orang first yang angkat tgn waktu cikgu tanya. Tapi sepanjang dekat situ, aku tak pernah jadi pengawas. Jawatan memang tak dapat! Sepanjang 3 tahun. Tahun last, waktu F3, aku dapat jadi Penolong Ketua Tingkatan. Yeay!!! Happy tak terkata. Dekat Methodist, aku nak apply pengawas, tapi dapat tawaran ke SM Sains Kubang Pasu. Adakah aku seorang yang berjawatan di SMSKP? hehehe

#6 Geografi dan Sejarah serta Kemahiran Teknikal
Subjek ini adalah yang paling tough waktu F3. Selain science yang memang aku benci. ekeke no doubt at all. Selalunya, subjek ni la yang akan aku manage untuk dapat B. Yeay tepuk tangan sikit. Haha. Waktu F2, kelas cikgu Marini jika kwn2 yang membaca ni ingat lagi,aku pernah hentak meja dengan tapak tangan sekuat hati sebab kelas terlampau bising. Selalunya memang aku takkan fokus beb. Cikgu tu terbeliak mata tengok aku. Weeee :) Tapi, lepas pindah K.Joe, dalam 3 bulan kat situ, aku sgt suka cikgu Zul. Ohsemm gila dia ajar. Thanks! Bercerita pasal K.Joe, aku antara 2 orang perempuan yang tersesat masuk Kelas Kemahiran Teknikal waktu Sprinting nak dekat PMR. Pergghh, dah la budak2 lelaki semua geng yang gengster. Alhamdulillah, aku dan Yana, kami dapat 8A untuk PMR. Sejarah aku paling ingat cikgu komunis, Pn Norliah kalau tak silap. Tapi sedih, aku jumpa dia tapi dia tak ingat aku. Takpe2 cikgu2 sentiasa dalam hati saya. **sob sob**

#7 Handphone
Tipu kalau korang tak pernah bawa henset kan kan. Angkat tangan! haha. Pada kwn2 2 Adil yang masih tertanya2 siapakah yang bawa phone waktu kelas Math, tetiba ada bunyi je dah la kelas senyap sunyi. Wahaha. Tak sempat nak tutup tetiba Azan. Adussss* masalah. Phone aku la tu. Walaupun muka aku innocent tahap gila time tu. Jangan terpedaya. Sebenarnya aku bawa untuk kakak aku. Dia kena jaga Library petang tu. Tapi aku tak sempat nak jumpa dia dan serahkan khazanah terlarang tu. Haha. Sangat lawak. Kat asrama SMSKP pun aku pernah juga kantoi. Byk kali la. Sampai warden amek. Siapa kesah. Dapat balik. Weee~~

#8 Buka kain
Terbeliakkan mata anda beramai-ramai. Wahaha~ Serius aku buka kain kat K.Joe disebabkan takut kena denda. Gila sungguh. Waktu tu hari rabu, biasalah KPM kena pakai baju koko kan. Aku PBSM. Pernah hari kedua aku kat K.Joe aku kena denda ketuk-ketampi. Di khalayak ramai. Walaupun aku dah explain yang aku budak baru, cikgu tu denda juga aku. Sangat memalukan memandangkan aku seorang yg perfect, tak suka orang pandang aku sebagai orang yang suka buat salah :P Disebabkan takut kena denda, aku buka kain biru sekolah waktu perhimpunan. Masa tu pula cikgu tu berdiri betul2 belakang aku. Memang tak perasan gila. Dengan muka selamba badak, aku pegang kain biru tu, jgn risau pasal setiap hari aku pergi sekolah pakai seluar track. PBSM punya attire kan putih, memang lengkap di situ. Cikgu tu kata apa nak tau... haha
Cikgu Biru pada hari Rabu : Berani awak nya. Tak takut langsung.
Habis perhimpunan, aku sarung balik kain biru tu. Ada aku kesah? Haha

#9 Naik motor macam baby?
Aku tak pernah bawa motor. Ini adalah cerita aku menjadi pembonceng setia abah selama 2 tahun. Abg aku beza umur sebaya satu dengan aku. F1-F2, F3-F4. Setiap kali abah hantar kami ke sekolah, aku akan duduk di bahagian bakul dekat motor modenas tu. Malu yang teramat sangat!!!!!! Then abah kata, "Ina kan perempuan takkan nak duduk kat belakang kot?" Aku sangat tak kesah duduk belakang. Rileks je la naik motor tiga orang kan? Sebab aku memang pakai seluar track. Tapi sebab aku anak yang solehah mendengar kata **tumbuk muka** ikut je la. Tapi waktu F3, abah decide belikan basikal. Tapi basikal itu hanya bertahan dikayuh seminggu je sebab Eman masuk maktab.

#10 Asrama
Pengalaman berdikari di asrama sangat tak boleh dilupakan. Perihal tender, perihal dm, perihal bla bla. Ohsem gila :) Aku dapat jadi pengawas kat asrama. Memang aku tak apply pengawas disebabkan kes kantoi bawa phone. Sampai sekarang aku masih simpan kertas permohonan pengawas. Wahaha. Tapi thanks untuk Nad. Dia yang syorkan nama aku kat cikgu. Cikgu pun ada offer kat aku sebab aku rapat dengan dia. Jawatan aku kira tinggi juga dalam pengawas, naib S/U. Disebabkan henset aku pernah kena rampas dek warden, aku pun membuat cadangan untuk mengadakan spot-check. Yeay, berjaya. Tak sangka aku boleh juga jalankan amanah kan. heheee

Itulah pengalaman manis aku. Korang amacam? Cuba cer.
# Nota kaki tambahan, cinta onyet jgn kira la. Haha

Salamun`alaik.

1 comment:

  1. haiyyyou...phone Sal pon nearly kena rampas..jahat jugak ni ..:D

    ReplyDelete