Dari Dapur Biru : Peach Cobbler

Assalamualaikum :)

Hari ni, gua mahu tunjukkan skill memasak gua. Haha * rasa nak bagi makan penampar *
Dah lama dah sebenarnya buat peach cobbler ni tapi tak sempat nak update kat blog. Pemalas, kawan cek kata baloq*

Disebabkan keterujaan aku pada novel-novel HLOVATE, maka aku decide nak buat peach cobbler ni 3 minggu lepas. Sedap tak sedap belakang cerita. Janji aku puas hati, aku dah buat peach cobbler ni. Haha (perasan nak jadi Chef)

Bahan-bahan:

1 cawan tepung
1 cawan gula
1 ½ sudu kecil soda bikarbonat
275gm mentega
¾ - 1 cawan susu
1 tin buah pic
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar gula(hiasan)

Cara buat:

1.cairkan mentega di dalm ketuhar dengan suhu 375 dgree. Gunakan bekas kalestrol 13x9x2
2.adunkan tepung, gula, soda bikarbonat di dalam bekas berasingan
3.masukkan susu pada adunan kering(2) dan gaul sebati hingga aduan tadi tidak lagi berketul-ketul

Pilihan 1:

i- tuangkan adunan(3) ke dalam bekas kolerol berisi mentega cair(1)
ii.siram jus pic ke atas adunan
iii.susun pic di atas adunan
iv.taburkan serbuk kayu manis dan gula

Pilihan 2:

i.susunkan pic di atas mentega cair di dalam bekas koserol
ii.tuangkan adunan ke atas pic
4.bakar di dalam ketuhar pada suhu 350-375 degree selama 45 minit hingga 1 jam, atau sehingga menjadi perang keemasan.
5. siap untuk dihidang.



bila bakar aku nampak lawa je.......

*Cara buat copy dari buku sebijik-sebijik. Tapi aku tak pakai exactly amount dia. Aku just cut-cut, sesuaikan ikut bahan. Dan aku pilih yang pilihan2. Main campak je bahan-bahan semua..


tadaaa.. aku nampak buruk gila rupa dia.


 Tapi abg aku kata rasa dia sedap. Macam pie. Heeeee. Sedap kalau makan dengan ais krim.
Kalau korang dapat masak macam ni. Selamat mencuba





MissFatenAmalinaRosly :)

No comments:

Post a Comment