Matrikulasi

Assalamualaikum Selamat pagi *takjawabdosakalaujawabsyg. heeeee
Lama tak berblogging. Byk binatang dah singgah. Haha, sori sori. Update tetiba. Well, baru dpt tau yg adik2 junior dah dapat panggilan untuk Program Matrikulasi. Tahniah! Kerana telah terpilih. Kat sini aku nak share sikit pasal KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR. Well, kami sangat special sbb Matrik yg hampir baru, Batch Alang. Yang paling baru adalah Matrik Kelantan dan akan beroperasi pada sesi 2014/2015.

Mesti korang rasa macam a little bit of upset sbb dpt matrik. Dan ada je yang cakap matrik susah itu la ini la. Well diorang tak berada di tempat pelajar2 Matrik sendiri. My mum pernah tanya pada seorang pegawai, "Compare asasi and matrix, which one better for my daughter?" Tapi pegawai tu tak bagitau spesifik jawapan la. Korang kena fikir sendiri, " If puan nak anak puan kebajikan yang dijaga, well go for matrik, but if you want your daughter punya studies for the sake of the name of the universities, go." Dan terserah la pada korang. Buat solat istikharah :)

Enough of babbling. Okei masuk pada topik asal. Sesiapa yang berminat ingin meneruskan pelajaran di Matrik Selangor atau kami panggil SeMaC, sila baca! (Amaran keras utk membaca, haha)
Nak start dgn ape eh? Hmmmm, kita start dgn PROGRAM PENGAJIAN. Untuk Matrikulasi, ada dua jenis program, SAINS dan AKAUN. Akaun ni kira limited edition la. Haha, tapi bdk sains blh je convert kepada akaun kalau dah tak larat sgt nak belajar reproduction, Newton`s Law dgn chemical semua. Bdk2 akaun ni silibus semua dalam bahasa melayu, except Math. Dan subjek lain macam, Akaun, Pengurusan perniagaan dan Ekonomi. Subjek lain2 yang kita kena belajar (ni yg tak masuk exam tapi dapat gred la) : Agama, Koko, BI ( utk Muet) dan Dinamika (etiket).

Next, proceed utk budak2 Sains. Tepuk tangan tanda bangga. Wahaha. Program sains menawarkan Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Jgn rasa sedih kalau dpt PDT, sbb biar lambat asal selamat kan? Heeee, sbb PDT ni 4sem. Carry marks mmg kena strong utk 4sem. Tapi, percayalah bdk2 PDT mmg score gila. PST pula hanya 2 sem. Korang kena bayangkan, satu subjek ada 10 bab. Korang akan belajar 10bab tu dlm masa satu sem @ 5bulan +. Tapi jgn risau. Mesti blh bawa punya. Trust me (berdasarkan pengalaman). Program sains pecah pada 3 modul : MODUL 1, MODUL 2 (bdk fizik) dan MODUL 3 (bdk bio).

Modul 1 ni kira tough. Fizik, Bio,Chem dan Math semua kita cekau. Hahaha. Org kata kalau dapat modul 1 kira bdk pandai la. =..= Next Bdk Fizik Modul 2 akan belajar Fizik, Chem dan Sc Comp. Bdk Bio Modul 3 pula belajar Bio, Chem dan Sc Comp. Sc comp mudah nak score. Tapi aku taktau kesahihan. Sbb aku tak amek sc comp. heeeeeheeee. Kalau rasa nak tukar course senang je. Terserah, tukar la. Tapi pastikan dah buat istikharah :)) Sbb step dia byk. Dan sekali tukar SAHAJA. Next... ape lagi eh??

Byk nya aku cerita. Jap sebelum nak tutup. Korang tertanya2 pasal elaun? Elaun akan dpt setiap bulan, RM 250. Kalau PST, total elaun, RM 2500. Kalau PDT, pandai2 darab dua. Haha.

Hanya itu perkongsian dari aku. Masih bergelaar pelajar Matrik. #final #lagiduapaper

-far-

No comments:

Post a Comment