Story : Seorang lagi pemegang lesen P

Assalamualaikum kekanda adinda sekalian. Evening guys. Lama juga tak update belog ni. Huhu, =.=" konon busy mengalahkan orang kempen pilihan raya je. Dush #$%%^& Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan, datuk-datuk, datin-datin, tan sri- tan sri, adik-adik, kanak-kanak ( heee, pembaca budiman )dengan ini saya mengisyitiharkan,, saya dah ada lesen P ! Chop Chop, belum lagi. Cuma, Alhamdulillah dah lepaih satu ujian test jpj kereta.
Bye L. (sob sob belum lagi, motor tak lepaih aih)
Fuh, tak sangka den boleh lulus dengan cemerlang gemilang terbilang. Hahaha, Almaklumlah aku ni jenis LamPi **lambat pick up kata omputih** Well, I did it. Tapi sayangnya, lesen P tak boleh dikeluarkan lagi kerana ujian motor aku tak buat lagi. Ha, amek kau,, berapa kali aku jatuh titi waktu kelas. Kalau test, aishh, taktau la.

Panjangnya mukadimah kau, Faten.. Heeee, okay. Let`s begin.
Hari Jumaat, 15/3/13. Aku bangun seawal jam 4.30 pagi. Aku pun taktau kenapa tapi tetiba aku teringat Isyak belum buat lagi sebab malam tu aku migrain tahap valence electron pastu pandangan kabur semacam (normal la tu). So, lepas solat, baca yassiin then aku sambung tidur balik. Haha, jam 6.30 aku bangun utk Subuh. **lololol, bangun lambat** Jam 8, gerak pergi MetroDrivingAcademy. Tunggu punya tunggu, jam 10.30 pagi kot baru pi daftar. Sesi 2 no 76. (Some people said, terjunam.)

Mine 76, Kak Maziah 79
 Tunggu punya tunggu. Tunggu punya tunggu, rehat jap untuk solat jumaat. Tunggu punya tunggu lagi. Jam 4.30petang baru no kena panggil. Aku dah rasa macam zombie dah.. Tidur sandar kat dinding, jalan terhuyung-hayang. Then, giliran aku untuk buat bukit, wahaha. 2 chances. Aku buat 3 kali. Nasib baik org JPJ tu baiikkkkkkkk~ Aku taktau apa masalah dengan kereta tu, tekan clutch perlahan terus mati enjin. Tapi at least lulus aku dah happy. Alhamdulillah. So, afterwards I did my best at parking and 3 pointer. Heee.

Pass. Jam 5.30 petang, no kena panggil lagi untuk buat jalan raya. Dup dap dup dap, aku harap tak dapat viva. Sekali mai, Viva yang putih tiada calar. Dah la waktu buat jalan raya pakai Viva aku mati enjin di setiap lampu isyarat. Doa je la time ujian tak mati enjin. Kalau tak kena repeat. 5 perkara masuk kereta, aku takbuat yg kena check side mirror kiri. Panggg, pangkah. (Siapa suruh encik jpj duduk kat situ) hahaks.

Drive dengan lancar, then dekat lampu isyarat,,,,,,,,,,,,,,
Clutch, gear1, turun handbreak, lepas clutch perlahan2, tahan, tekan MINYAK. Ingat je apa yang mama cakap. Yeay, tak mati. Teruja. Tapi,, dekat lampu isyarat satu lagi, aku langgar lampu isyarat MERAH. Itu sebab kes teruja punya pasal. Tapi tak fail sebab lampu isyarat tu tukar merah time aku dekat tengah2 simpang dah. Takkan la den nak pi tarik handbreak tengah2 jalan tu. >>teehee<<

Drive lagi, sampai lah ke institut memandu Metro balik.
JPJ : Nama, no i/c, sign.

Mata aku dok cari markah. 16/20 Yeay! Heeeeeee~ Jam 6.30 petang perjalanan pulang ke rumah. Lambat gila.
Thanks a lot to Allah, my family, Abg Aizan(the instructor), Nisa, Abu, AtokkEry, Adekk Wani, Syak, Enur, Kak Maziah, Ashraf, Nazirah, Joey, Kak Wan, Eddy, Kak Lia, sesape yang aku tak mention, sebab doakan aku. Next kena ambil ujian JPJ motor pula. (Berlambak ye nak sebut, ingat menang award ke?)

 MissFatenAmalinaRosly :))

No comments:

Post a Comment