Story : 3 hari lagi eh - SPM

Assalamualaikum. Selamat malam ( atau pagi?? ) Kepada semua ex-fivers batch 95, debaran tiga hari lagi kian terasa, kan? So, well prepare guys. Cakap untuk diri sendiri juga ni.

Sekarang apa yang tinggal just doa je, dan tawakal. Sebab dah tiga bulan dah SPM ni ditinggalkan. Apa ntah yang aku jawab time exam dalam Dewan Bitara tak tau la. Expectation tersangat lah tinggi daripada parents aku terutamanya. Mama dan Abah memang harap yang terbaik dari aku. Semua mak ayah memang harap macam tu kan pada anak depa. **masuk jargon bahasa kedah** Lagi-lagi, waktu first day exam, mama dgn abah baru balik dari haji. Dalam masa mama dgn abah masih di Mekah, aku demam, teruk juga sampai aku sedih sangat-sangat, aku try juga call mama, jam 2 pagi, mama angkat. Then mama suruh kuat, sebab exam nak dekat. **sob sob lap air mata**

Lagi-lagi pula, aku selalu kena saing dgn cousin aku, Aina. Waktu PMR, dua-dua dapat keputusan cemerlang. Maknanya SPM mesti kena lagi cemerlang, kan? Waktu first time call mama dekat asrama waktu F4, mesti mama cerita pasal dia itu ini. Tension tension. Tapi waktu F5 baru aku mula sedar. Tapi time tu dah lewat. Trial pun dapat tak seberapa bagus. Even, ramai org ckp, ok la tu result. Pada aku, tak. ( tak bersyukur langsung !)

Sebabnya, dekat KUPSIS ni, berlambak yang dapat straight A`s. Haha. Jadi, maka..... Saya nak juga dapat 9A SPM pada khamis nanti. Saya nak naik pentas, kena peluk dengan Madam, kena peluk dengan abah mama, cikgu2, kawan2.. haha Insya-Allah. Pray for me. To all ex-fivers, I wish all the best for us :) Jom, kita berjuang untuk Khamis nanti, 21 Mac 2013. Chaiyok

MissFatenAmalinaRosly :)

No comments:

Post a Comment