Story : License Part II

Assalamualaikum uoollsss. So,, kesebabkan keterujaankan aku nak buat ringkasan sikit pasal pengalaman pertama budak kecik taiko ni tunggang motorsikal. Fuhh ! Gempak sangat.

Sebelum tu, minggu sebelum ni ada buat Ujian Komputer dan berjaya dapat 46/50 je. Alhamdulillah la. Haha,. Isnin lepas pula decide buat Bengkel 6jam untuk kereta. Haha, waktu tu teruja sesangat. Waktu dalam Dewan Metro 1 tu, ada 5 orang je. Aku jumpa budak yang memang havoc dan sporting gila, banyak tanya soalan,,, well lebih kurang macam first time aku jumpa Ummul Masturah dari K.Joe pula. Nama dia unik, Siti Rose Ayu dan Atiqah. Lagi 2 budak lelaki. Tapi, sorang ni datang extra lambat jadi kami berpeluang pusing litar naik kereta kancil Metro tu. Haha. Memang gempak la. Belajar teori secara LIVE. Thanks to Rose yang banyak tanya soalan. Dalam kelas tu, kelima2 kami 18 tahun. Memang budak baru belajar betul.

Tapi, so sad. Hari tu tak boleh nak drive sebab orang yang patutnya ajar tu kena buat latihan untuk student dia yang nak amek test Jumaat tu. Dan aku dok tercanguk je kat Kafe sehingga aku decide nak tidur kat surau. Masa yang dihabiskan dengan berbaloi sekali.

End of Bengkel Kereta. Masuk pula Bengkel Motor 6jam semalam, 3/2/2013. Saya tak pernah bawa motor, selalu jadi pembonceng setia abah je. Hehe. Dalam kelas yang ada hanya 9 orang, hanya 3 orang je yang new beginner. Termasuk aku, lagi dua tu lelaki. Well, lelaki yang tak pernah tunggang motorsikal, okei korang baik. Haha

Petang tu, buat lawatan ke litar. Dan,,, guess what.
Pengajar : Faten, Ashraf, Luqman. Mari sini. Saya ajar bawa motor. Sebelum tu, pernah bawa basikal?
Haha.. naik atas motor tu rasa terketar la juga. Saya tak tau mana minyak, brek, lampu. Arghhh macam mana ni? Memang cuak,. Seribu satu soalan naik kat minda ni. Then pengajar tu la yang masuk kan gear, mula2 dia suruh jalan dekat atas line putus-putus. Suruh belajar imbang badan. Motor tu berat kot, walaupun hanya Modenas yang biasa abah bawa. Berat ! haha. Lepas yang tu then bawa pusing round-a-bout.
Klimaks nya, dia suruh pergi bawa lepas titi. Mak ai. Tolong.....

Last2, jatuh titi. Sebabnya pulas minyak kuat sangat. Padan muka. Habis tujuh2 kon aku bedal. Memang takde la nak konar2 kon tu sebab memang dah terlepas semua. Suka aku main pulas minyak ni.
Thanks to Kak Shu, Kak Noor dan Kak ....
Sebab korang terbaik. Tak sia-sia aku jadi yang muda. Hehe. Baik hati diorang ni..

okei, bye.Gambar di atas adalah gambar Luqman.  sorry, main tangkap je..
Part I

MissFatenAmalinaRosly :))


No comments:

Post a Comment