Refleksi : Mahu suami soleh?

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Dah makan?
Pernah dengar tak pasal petua orang dulu-dulu tentang ...........
"Habiskan makanan tu, nanti dapat suami soleh."


First time aku dengar waktu kat asrama, usia hmmmm 17 tahun. Kawan-kawan sedorm suka bawa makanan dan buat jamuan dalam dorm lebih-lebih lagi kalau waktu Balik Bermalam. Kalau Kak Yang, macam2 resipi baru dia bawa, Kak Uda suka bawa laksa dan laksam, dan macam-macam lagi oleh ahli dorm lain, especially bila balik cuti raya. Then,, makanan selalu je tak habis sebab banyak sangat. Tetiba akan ada satu suara cakap ayat seperti di atas. Bila dengar je,, berebutlah nak dihabiskan terutamanya Aku@Uteh dan Ayong. Haha 


Tapi, di sebalik petua orang-orang tua ni ada juga makna sebaliknya, bukan kita just kena ikut petua orang tua ni. Cuba buka minda dan hayati betul2. Sebab orang tua ni pandai. Kalau tak diorang tak buat bahasa-bahasa kiasan ni. Bila kita translate, ada betulnya,, jangan membazir. Bukankah membazir itu amalan syaitan?
Kita sebagai Islam diajar untuk berjimat! Oleh itu, mahu suami soleh wahai muslimin sekalian?
Habiskan makanan anda. Walaupun nak berdiet, berpuasalah.
Menasihatkan diri sendiri juga ni! >>teehee<<

MissFatenAmalinaRosly :))

No comments:

Post a Comment