Short Segment : Belai tubuhmu

Assalamualaikum. Segment hari ni, tertarik dengan satu halaman di akhbar UtusanMalaysia bertarikh 12 Januari 2013. Perkara mudah untuk dilakukan, tanpa perlu menghabiskan jumlah duit yang banyak untuk mencantikkan tubuh anda. 

1) KULIT KEPALA

Rambut yang sihat bermula daripada penjagaan kulit kepala yang bersih dan dirawat. Lakukan rutin memicit kepala sekurang-kurangnya dua hingga lima minit setiap hari. Ini mampu melancarkan aliran darah ke kepala. Lebih berkesan jika menggunakan tonik semasa membuat urutan ringan tersebut.

2) LEHER

Kedutan halus lebih mudah kelihatan pada leher kerana kulit pada bahagian tersebut lebih nipis daripada wajah. Selain itu, bahagian leher juga lebih sensitif terhadap sinar ultra ingu. Oleh itu, berikan tumpuan lebih kepada penjagaan leher sebelum terlambat. Jangan lupa untuk sapu pelembap pada leher dan sekitar dada. Amalkan juga urutan ringkas yang mana mampu mengganjalkan kulit pada bahagian leher.


 3) LENGAN DAN KETIAK

Gunakan sabun yang mempunyai kandungan pH seimbang dan skrab untuk membersihkan kotoran pada bahagian tersebut. Elakkan daripada menggosok terlalu kasar atau lama ketika membersihkan bahagian tersebut kerana tindakan itu menyebabkan kulit menjadi kering. Selepas itu, jangan lupa untuk menggunakan losen bagi memastikan kulit sentiasa lembap.

4) TELAPAK TANGAN

Kebersihan sekitar kawasan tapak tangan perlu dititik-beratkan kerana berpotensi menyebarkan kuman di seluruh tubuh. Tisu basah mahupun gel antibakteria boleh digunakan sebagai pelindung bagi menggatikan air dan sabun. Selain cepat kering, kedua-dua produk tersebut tidak menyebabkan kegatalan pada kulit tangan.


5) SIKU DAN LUTUT
 
Gunakan jus lemon sebagai skrab semula jadi untuk memastikan bahagian tersebut menjadi lebih halus. Selepas itu, bersihkan sisa jus lemon tersebut dengan menggunakan tuala yang telah direndam air panas.

6) BETIS DAN PAHA

Elakkan daripada menyilangkan kaki terlalu lama kerana boleh menghalang peredaran darah ke seluruh tubuh. Untuk melancarkan perjalanan darah, kamu boleh merendam kaki dalam besen yang mengandungu air suam dan garam. (Selalu juga buat. Berkesan!) Paling penting hadkan penggunaan kasut tumit tinggi kerana ia mampu membuatkan otot menjadi tegang, selain menggangu postur tubuh.


7) TAPAK KAKI

Penjagaan kecantikan termasuklah penjagaan tapak kaki. Oleh itu, jangan lupa singkirkan sel kulit mati yang kasar dan hitam pada bahagian bawah tapak kaki setiap kali mandi. Gosok bahagian tersebut dengan berus atau gunakan gel skrab kaki untuk membuang sel kulit mati. Sapu losyen yang mengandungi formula AHA untuk menjaga kehalusan kulit. (Jangan kerap pakai heels!!)
 

8) WAJAH
Kulit wajah wajib dibersihkan secara rutin untuk menyingkirkan sisa-sisa solekan. Bersihkan wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengelakkan bakteria membiak di wajah. Selain itu, jangan sesekali MEMICIT jerawat mahupun noda-noda hitam atau putih dengan jari kerana tindakan itu hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit muka.

Sekadar share. Bermanfaat bagi sesiapan yang mementingkan kecantikkan. Cantik itu subjektif. Apapun syukurlah kepada-Nya yang telah mengurniakan wajah yang cantik.

MissFatenAmalinaRosly :))

No comments:

Post a Comment