Story : 11.12.12 - Girls rock the party!

Assalamualaikum hallo hallo! Dah makan? [takde kerja tanya benda merepek]
Akhirnya dapat aku tulis entry ni. Orang busy la katakan. Haha.. Makanya, Tuan-tuan dan Puan-puan, sebelum kita mulakan bicara baiklah dimulakan dengan BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Aku bukan seorang kawan yang baik kot. Tapi,, bagi Nisa mungkin. Dan aku sangat terharu dengan relationship antara aku dan Nisa even lebih 2 tahun 6 bulan tak jumpa. Titik perkenalan kami unik. Aku tak pernah mendekati dia dan begitu sebaliknya. Tapi,, Nisa selalu ingatkan aku tentang ni:
Nisa : "Waktu F1 kita tak rapat kan. Aku ingat lagi, waktu awal tahun F2, kau datang kat aku pastu kau bagi keychain NZ. Masuk 2Adil, kau dan aku duduk sebelah2."  

Itu je tanda perkenalan kami. Similariti antara dia dan aku, mengikut ketinggian umumnya, rumah sukan yang sama iaitu Bendahara (kuning), abang yang berusia sebaya satu dan dari rumah sukan yang sama, pergi balik sekolah naik basikal melalui jalan yang sama, bilangan adik-beradik yang sama. Banyak pula rasanya :P

Dan, pada 10.12.12,, aku dapat notification dari dia menerusi laman sesawang MukaBuku,, 
Nisa : Family day aku cancel. Jom jumpa.  
Tapi, banyak gila dugaan sebab aku kena jaga Ariana dan takde masa nak keluar pun. Disebabkan Nisa ni dah macam twin aku, dan mama pun siap sedia untuk membantu menyelesaikan masalah negara ini. Mama ambil cuti untuk jaga Ariana, dan Abah hantar terus ke Sunway Piramid. Kalau tidak, ikut plan asal nak ke Mid Valley la, Times Square la. Last2 ke situ la. My attire? Biru la. Dan, secara tidak sama dan tidak berjanji, TERsama dengan Nisa. Haha, "Great Mind Thinks Alike" 

Sampai je kat Sunway, nampak Yam dan Alia dan Nisa. Peluk la kau puas2 kan.Then, kami pergi beli tiket wayang dulu. Memandangkan aku bawa adik tersayang, Awie, jadi terpaksa lah layan kartun. : Wreck-It-Ralph. Syok la juga. 
####

Waktu tengah beratur, Nisa tak berhenti-henti cerita, terutama pasal ...
Dan, satu surat aku dapat yang menyentuh perassaan sangat. Rasa macam nak nangis pula. Rasa serba-salah. Rasa aku tak layak dapat semua ni. Teringat surah An-Nur ayat 26-yang aku pegang selama ni. Keratan ayat dari kertas tu,

Apa yang penting bagi saya, kebahagiaan Faten. Saya minta dia gembira selalu. Bagi saya kalau dia jumpa seseorang kat sana, biar orang tu sesuai untuk dia.

Tersentuh sangat. Dia, seorang lelaki yang pernah aku minta pendapat pasal cinta, dan dia ingatkan aku balik tentang kata aku waktu lepas aku pindah. Sekarang zaman sekolah. Betapa tuli-nya aku selama ni, betapa buta-nya aku selama ni. Betapa syaitan tu berjaya hasut aku. Haha,, gelakkan sama diri sendiri. Saya tak layak bercinta. Saya tak layak semua ini. Apa yang aku sering doakan, Berikan kepadaku seorang lelaki yang mampu menjadi suamiku dan membimbing aku kepadaMu. Dan, jika ternyata dia jodoh aku, Engkau rapatkan hubungan kami, jika tidak, Engkau mengetahui apa yang terbaik buat aku. 

Dia kawan aku. Nisa kawan aku. Aku nak hubungan kita kekal sampai Jannah. Aku nak ukhuwah kita tetap terjalin. Aku taknak jadi kawan yang lupakan kawan. Aku taknak lupakan memori ini. Dan, surat tu menemani dalam perjalananku.  Saya doa yang terbaik untuk awak.

####
Lepas beli tiket wayang, jalan2 ke POPULAR, bought LoveLetterALLAH untuk Nisa dengan Dia. Ada orang pernah bagi aku al-Mathurat, dan aku nak buat benda yang sama, biar dua2 dapat pahala. Nak dijadikan ceriita, jumpa Arif, Paan, Kamarul dan so on. Tak ingat nama ramai orang. Makan HappyMeal. Solat. Melawat kedai Anime. Jalan-jalan. Ambil gambar. Jam 5, balik. Terima kasih untuk Aiman dan Awie kerana menemani aku jumpa Nisa. Biar tak dapat jumpa dia tu. Dia segan la nanti, Nisa cakap. 

 Me, Nisa, Yam, Alia.
The great moment. Girls, let's go party,, dalam lift kaca bila kita 5 orang je sebelum orang cina tu masuk, kan?

GoodFriendTrueFriend. Thanks ALLAH for lending them for me.  Ukhuwah till Jannah.
MissFatenAmalinaRosly :))