Story : For Nisa!

Assalamualaikum sayang!
Ouhkey, entry ni khas utk nisa. Yg selalu membaca blog yg byk melalut ni.
Pasal yg kau tanya haritu, hmm, aku tak suka siapa-siapa pun. Hati ni mcm kosong je.
Sekali dgr lagu NajwaLatif. kosong kosong ohh ohh..
Lagi satu, aku jenis yang takde perasaan sgt. Kalau kau perasan, hadiah yang aku bagi kat kau mesti macam pilihan kanak-kanak kan.. hehe :))
Aku masih teringat yang macam waktu kita form2 kot. Masih diambang kanak-kanak.

Dekat sekolah aku, kawan-kawan panggil aku tough- kalau yang perempuan la.
Yang lelaki panggil Hyper. Tak tau la diorang sakit apa ntah.
Jadi, benda yang aku buat banyak yang nampak macam lelaki.
Suara aku kan jenis kasar sikit, lagi-lagi sejak batuk ni.
Lepas tu, kalau dalam kelas tu, pernah budak lelaki compare tapak tangan aku dengan diorang.
Sama besar la bagai. Tuh pasal la aku paling tak suka tengok budak lelaki pakai cincin pasal aku mesti takkan dapat punya nak cari cincin yang kecil.

Hmmm, ramai je lelaki yang aku kenal, tapi takde pun macam Aiman. Cewahhh. Tapi betul la kan, kalau kau rapat dengan Fauzan pun mesti kau akan rasa macam mana yang aku rasa.
Dan, apa yang aku rasa no worth pun bercinta zaman sekolah. Last-last jadi monyet.
Tapi, aku kena admit la, ramai je "budak2 lelaki" yang mesej dengan aku. Aku layan diorang semua macam kawan je.
Sampai pernah aku rasa, haish, lelaki. Kawan lelaki kat sekolah aku kata, aku ni jenis musahaqah. Ape la dia tu. Alhamdulillah setakat ni aku masih straight je. Tak bengkang-bengkok pun. Ada satu baris ayat al-Quran yang aku pegang.
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempaun-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur: 26)
Begitu la perjalanan cinta. Tak payah mencari kan. Kalau suka nanti biar Allah yang aturkan.
Kalau selama ni aku cakap aku suka kat dia ke dia ke.. Tu mainan syaitan kat aku je. Suka itu subjektif kan. Kadang-kadang kita happy dengan cinta. Kadang-kadang cinta tu buat kita merana.

Ok nisa, hope pertanyaan kau dah terjawab. Kan? Love you, sayang!
MissFatenAmalinaRosly :))