Exam dan result

Assalamualaikum. Hello peeps.
Akhir2 ni fikiran mcm bercelaru sikit. Dan mula terasa stress mengalahkan title si naven tu. Stress segalanya. Dgn fikir exam dulu jawab ntahpape. Dgn result yg menakutkan. Dgn iv UM yg ape course ntah aku apply. Dgn masalah. Well manusia tak pernah lari dari masalah. Itulah dugaan. Dugaan yg mematangkan lagi manusia. Nak hidup happy je mana blh kan?

Aku dpt interview UM 24.5.2014 2.30ptg Dewan Peperiksaan Fakulti Perubatan. Konon tgk fakulti perubatan rasa mcm ada chance nak amek course medic tapi TAK. Aku cuma dpt iv Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan. Time apply dulu bila nampak perkataan Bio terus macam terminat. Mungkin sbb under Health care team. Yeah itu apa yg aku fikir dulu. Janji aku dpt tlg menyelidik membantu insan2 yg tidak terdaya itu. Mungkin dpt meringankan penyakit diorang. Or dapat cari penawar cancer then dapat hadiah Nobel. Typical girl yg nak jwb iv. Me.

Pastu aku bagitau mama. Mama nampak perkataan Fakulti Perubatan terus macam woah. Haha. Mama nak aku jadi doktor. Kalau tak takdenya 24/7 dia asyik cerita pasal turki dulu. Heee. Pastu mama ckp takpe kita try. Pergi je iv. Tambahkan pengalaman. Tapi dlm hati mmg mama nak aku jadi doktor perubatan dan dpt title Dr. "Ma, buat la apepun yg mama nak. Nanti bila ina dah jadi doktor ina akan ingat jasa mama dan ckp terima kasih kat mama." First time aku mampu ckp macam tu buat mama sedih sedangkan nak minta maaf waktu raya pun tak mampu. Haha. Tu cerita mama suruh apply u swasta punya pasal. Heee :))

Next, aku terbaca satu moment kat wechat. Ye aku admit kalau mak kau macam tu maknanya mak kita sama je. Lihat kalau doktor tu masa dpn kau cerah. Biarpun aku ckp ma, nanti ina nak amek engineering la. Mama cuma angguk tapi berapa minit lps tu dia akan cerita pasal medic blk.

"kalau aku ckp aku faham perasaan kau? kawan, aku blh dikira anak bongsu. we have two doctors in our family and another one yg still belajar medic. I am the only daughter yg amek science which kakak aku bdk akaun. dari aku umur tujuh thn mak aku ckp bila besar jadi doktor. but bila dpt result yg bkn straight a yg bkn 4flat tu aku kena kecam dgn si doktor2 itu. pastu kena label pemalas taknak belajar semua.

ups and downs. people. org. problem. doa supaya jika bukan takdir jadi doktor perubatan, jadi doktor falsafah. :))  "

So ini jawapan aku. Aku taktau masa dpn. No kita semua taktau masa dpn. Ada dua benda yg amat ditakutkan iaitu, 1) penyesalan masa lalu dan 2) penentuan masa hadapan.

Doakan result saya dan rakan2 matrik 050614 nanti. Awak, perjalanan kita tak berhenti pada result exam sahaja. Look around.
Salam.

1 comment:

  1. mama awak dengan mama saya samalah , jangan risau aten , setiap langkah kita yang penting ada redha mak kita terutamanya insyaAllah Allah redha ,

    ReplyDelete