Refleksi : I am nothing without Him


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, aku masih hidup. Alhamdulillah aku masih mampu berdakwah di jalanNya. Alhamdulillah aku seorang Islam. Aku bersyukur dilahirkan Islam. Aku bersyukur Mama dan Abah aku Islam. Alhamdulillah, Islam kami bukan sekadar nama. Bukan sekadar di atas sekeping kertas. Bukan sekadar kalimah syahadah yang diucapkan. Tetapi di atas setiap kata, perbuatan dan amalan yang dilakukan selama ini. Terima kasih Ya Allah.

  Pernah dengan ayat ni? 
Apa itu cinta? Benarkah anda bercinta? Apa makna cinta pada Allah?
Ia adalah perasaan di mana anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah, mendapatkan perhatian-Nya, mendapat cinta-Nya dan mendapatkan rahmat-Nya supaya hidup diberkati. Tanpa Allah, bagaimana tanah boleh tercipta? Percayakah anda betapa tingginya cinta Allah kepada setiap hambaNya?

Ya, kita hanya mampu merancang dan yang menentukan adalah Allah. Berjalannya kita di atas bumi ini yang dilimpahi dengan nikmat dari Allah adalah sebagai tanda cintanya dia pada setiap hambaNya. Tetapi, perasaan cinta manusia ini cukup terbatas. Mudah sekali nafsu yang dikawal dan dijaga rapi dipatahkan dengan hasutan Syaitan yang direjam. Itulah lumrah apabila Allah mencampakkan syaitan ke bumi dan janji syaitan untuk menyesatkan anak Adam.
 Yes. This is the answer for my questions. Aku tak perlukan cinta monyet, cinta buta, cinta dunia. I need and I want more. Sesungguhnya aku insan yang lalai. Tak pernah aku mengingati bahawa cinta sesama manusia itu tidak kekal. Jahilnya aku pada diri sendiri, apabila aku meletakkan lebih seseorang itu daripada Allah. Astaghfirullah. Pintu taubat Allah masih terbuka. Bukan selamanya kita muda. Kalau Allah nak tarik nyawa kita sekarang, KUN FAYAKUNN. Jadi maka jadilah. Aku ingat didalam doaku, Ya Allah, kuatkanlah imanku. Aku merinduimu Allah.

Apa tanda Allah sayang kita? Dengan segala rezeki dan nikmat yang diberikan-Nya. Rezeki dimurahkan, Hidup dibahagiakan, Urusan dipermudah, Masalah dikurangkan, Pergaulan diperluaskan. Semuanya jadi lancar saja. Tiada yang lebih dan kurang untuk menggambarkan kasih sayang Allah kepada setiap hambaNya.

"(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)"

IloveAllah,IloveMuhammad,IloveIslam,Ilovemyparents.
Thank you Allah.
Love letter ini ilhamNya, yang membantu.

MissFatenAmalinaRosly :))

No comments:

Post a Comment